Hidup Orang Percaya

Shallom, hari ini saya memberikan perkongsian mengenai Orang yang percaya yang seharusnya hidup benar di hadapan Tuhan tetapi memang tiada satupun yang benar di dalam dunia ini. Tiada satupun yang baik dan tiada satupun yang sempurna. Jadi, siapakah yang sempurna? Yang sempurna hanya Tuhan Yesus sahaja.

Jadi, apakah kataku jika semua orang tidak sempurna? Adakah kita harus membiarkan ketidaksempurnaan kita ini menjadi batu sadungan untuk kita meneruskan kehidupan? Kita asyik mengeluh tidak sempurna, kita sering mengeluh  tanpa melihat siapa sebenarnya kita. Jika kita asyik mengeluh kerana ketidakmampuan kita, apakah kita akan maju atau bergerak?

Oleh kerana ketidaksempurnaan kita, maka kita harus bersatu dengan Tuhan Yesus didalam doa kita setiap hari, meminta pengampunan dari Tuhan kerana kesilapan kita disebalik ketidaksempurnan kita. Kebanyakan kita tidak berbuat apa – apa lagi setelah menyedari diri sendiri tidak sempurna berbanding orang lain lalu kita terus tenggelam kerana kita terperangkap dengan ketidaksempurnaan diri.

Kita tidak sempurna kerana kita tidak sama dengan orang lain, kita selalu membuat kesilapan dan seringkali jatuh didalam dosa. Walaupun kita rasa diri kita sempurna tetapi orang lain melihat kita tidak sempurna, mereka melihat kita sebagai orang yang cacat. Pandangan dan penghakiman orang lain terhadap diri kita yang tidak sempurna menjadi batu sadungan kepada orang lain tetapi membuatkan orang lain berdosa kerana mereka berbuat dosa terhadap diri mereka sendiri kerana menghakimi orang lain yang tidak sempurna.

Seharusnya ada timbal balik , jika kita melihat orang lain tidak sempurna, kita berdoa untuk mereka supaya ketidaksempurnaan mereka itu akan berubah. Kita dipakai oleh Tuhan sebagai pendoa dan mengubah orang lain yang tidak sempurna supaya dapat menyenangkan hati Tuhan Yesus.

Orang percaya tidak akan menganggap diri mereka benar selalu. Tanggapan yang salah ini merupakan satu kesilapan untuk mentafsir arah tuju orang benar. Orang benar ialah orang yang menyenangkan hati Tuhan. Jika menganggap diri benar dan langsung tidak mengendahkan orang lain, maka ianya merupakan satu kesilapan yang kita lakukan kerana menghina orang lain kerana ketidaksempurnaan mereka , seolah olah kita ini bukan manusia seperti mereka. Kita juga dicipta daripada tanah liat yang sama, diambil daripada debu tanah yang rapuh. Kita berdoa untuk mereka.

Kesempurnaan hanya ada pada Yesus. Ada orang menganggap Tuhan Yesus pernah buat kesilapan didalam hidupnya. Saya fikir tanggapan seperti ini salah sama sekali kerana Tuhan Yesus tidak pernah membuat kesilapan didalam hidupnya. Sebab Dia adalah Tuhan, Dia taat sampai mati di kayu Salib tetapi dibangkitkan pada hari ketiga dan naik ke syurga, menurut kitab suci.

  • Siapakah Yesus? Nantikan post saya yang selanjutnya.